Perniagaan Online

Kami menjalankan perniagaan menjual ikan hiasan (betta) secara online.




Seperti yang anda sedia maklum , saya sekarang sedang mengusahakan satu perniagaan baru iaitu mengusaha perniagaan ikan hiasan (ikan karin). Melalui perniagaan ini, fokus saya adalah adalah menjadi pembekal ikan hiasan (ikan karin) bermutu tinggi dan mampu membantu para pembeli memenuhi kehendak mereka.

Hari ini Sabtu, 8 Jan. 2011 saya memulakan gerak kerja merangka strategi baru mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diceburi. Antara langkah-langkah yang mesti diambil dalam mengembangkan lagi saiz pasaran sedia ada ialah :

i) membuat promosi secara online melalui blog dan website (dalam proses
pembinaan.

ii) membina website yang ada kemudahan membeli secara tunai dan kad kredit.



iii) meletakkan matlamat mencapai jumlah sasaran jualan sebulan sekurang-kurangnya
RM1K dalam masa 12 bulan.

iv) menjadi salah satu one stop centre bagi produk ikan hiasan (ikan laga)di
kawasan Alor Setar dalam masa 12 bulan.

Fuhh.. panjang benar tajuknya. InsyaALLAH, jika ia berhasil, ia akan beri kejayaan yang amat-amat manis hasil dari keringat dan tulang empat kerat. Inilah yang dikatakan Perancangan. Kata orang "gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Buat masa ni myagrovillage.blogspot.com lebih memfokuskan kepada masyarakat tempatan sebagaintarget pasaran dan kami akan mula membesar dari hari ke hari dan mula mengubah sedikit demi sedikit layout dan saya akan berikan 100% saya kepada ‘pembesaran’ blog perniagaan ini. Kita lihat 2 tahun nanti macam mana dengan myagrovillage.blogspot.com
Adakah ‘dia’ dah boleh berlari, atau berjalan, atau masih merangkak? Saya dan anda akan tentukan itu semua.. Kita tunggu dan lihat.


“Ya Allah Ya Tuhanku! Bantulah hamba mu ini untuk terus bergerak dan menghasilkan sesuatu yang hebat satu hari nanti!”

0 comments:

Post a Comment