Perniagaan Online

Kami menjalankan perniagaan menjual ikan hiasan (betta) secara online.


Bisnis sendiri

Ramai yang menyimpan hasrat untuk melakukan bisnis sendiri dan rata-rata ingin bermula secara kecil-kecilan. Namun impian itu berkubur begitu saja. Impian hanya tinggal kenangan, alasannya bagaimana hendak memulakannya? Mungkin semangat tidak begitu kuat untuk memulakannya. Tapi bila semangat itu akan tiba? Jadi, bertindaklah sekarang!

Minat

Tentukan minat dan kepakaran anda. Tanya pada diri sendir, apakah kecenderungan minat dan kepakaran yang anda miliki? Apabila talah dikenalpasti sesuaikan pula dengan kehendak pasaran dan juga permintaan. Contoh jika anda suka membeli secara online, anda boleh menukar minat itu kepada peluang yang boleh menjana pendapatan.

Sumber modal

Ramai usahawan yang memberi nasihat agar tidak melakukan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan. Sebaik-baiknya cuba simpan modal bagi memulakan perniagaan. anda boleh memulakan bisnes kecil-kecilan misalnya hanya dengan modal RM1K! Yang penting mulakan dengan apa yang anda ada. Lama kelamaan angka itu akan bertambah.

Realistik

Setiap bisnes yang akan dilakukan perlukan matlamat yang jelas, realistik iaitu sesuatu perkara yang boleh anda capai dan lakukan.

Sentiasa bersedia

Halangan dan cabaran dalam apa jua perkara yang dilakukan pasti ada. Jadi kita tidak boleh terlepas daripadanya. Cuma bentuk cabaran dan cara kita berdepan yang membezakannya. Bisnes sendiri juga ada halangan walaupun ia dilakukan dari rumah misalnya gangguan menguruskan masa, disiplin dan sebagainya. Untuk sukses kita tidak boleh patah semangat.

Kenal siapa pelanggan

Anda pasti mengenal pasti siapa yang akan membeli produk anda. Jika tidak tahu siapa pembeli, bagaimana hendak menjual? Jadi anda perlu merangka strategi untuk memasarkan produk anda kepada sasaran yang betul.

Ini koleksi yang ada dalam simpanan saya dari pelbagai jenis seperti halfmoon, plakat, crowntail dan splenders,. Ikan laga juga dikenali pelbagai nama seperti Betta, dan Siamese Fighting Fish. Ia termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher).













Cara Berkembang Biak

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang saja. Biasanya ikan jantan ekor dia panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomennya.

LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasanya telah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya.




Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan.

Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai


Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki seperti akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Bagi meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.





LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki dan diikuti induk betina

LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak-anak ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas. Selepas seminggu cuba dapatkan moina (kutu air), untuk peringkat pemakanan seterusnya ikan laga ini akan makan apa sahaja seelok-eloknya benda hidup seperti cacing merah, jentik-jentik, moina, blood worm.