Ini koleksi yang ada dalam simpanan saya dari pelbagai jenis seperti halfmoon, plakat, crowntail dan splenders,. Ikan laga juga dikenali pelbagai nama seperti Betta, dan Siamese Fighting Fish. Ia termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher).
Cara Berkembang Biak
LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang saja. Biasanya ikan jantan ekor dia panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomennya.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasanya telah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan.
Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya.
LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki seperti akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Bagi meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki dan diikuti induk betina
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak-anak ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas. Selepas seminggu cuba dapatkan moina (kutu air), untuk peringkat pemakanan seterusnya ikan laga ini akan makan apa sahaja seelok-eloknya benda hidup seperti cacing merah, jentik-jentik, moina, blood worm.
Hola Mrdeen's
myagrovillage.blogsport.com adalah blog Mrdeen's . Laman ini adalah merupakan laman perkongsian informasi dengan para pembacanya yang mempunyai minat dan citarasa memelihara ikan hiasan sebagai satu hobi dan juga perniagaan.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pandangan atau pertanyaan, bolehlah menghubungi saya di talian 012-4258596 dan email mrmahadin@gmail.com
Blog Archive
Followers
Powered by Blogger.
Account :164324302672
Name : MAHADIN BIN PUTEH
[Email: mrmahadin@gmail.com
Name : MAHADIN BIN PUTEH
[Email: mrmahadin@gmail.com
Chat
Posted by
mrdeen's
Wednesday, December 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)